Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MTNP kepada masyarakat miskin dan fakir sekitar kawasan kejiranan MTNP.
Semoga dengan agihan dana yang dikumpul dari Tabung Masjid MTNP, Kelab Kebajikan Kakitangan MTNP dan Tabung Baksis MPP Diploma MTNP ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka ekoran penularan wabak ini.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/pcafpy
#TabungPrihatinCovid19
#yayasanphg#yp4u#mppd#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
#PerintahKawalanPergerakan
#DudukDiRumah#KerapBasuhTangan
#Jarak1Meter#HapusCovid19
Alhamdulillah, sedang berlangsung Temuduga Pengambilan Pelajar Baru Diploma Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM di lokasi tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Dengan situasi semasa ekoran penularan COVID-19 , MTNP telah melaksanakan proses pencegahan dengan pemakaian sarung tangan dan penutup mulut kepada petugas serta menyediakan pencuci tangan (hand sanitizer) dan pemeriksaan suhu (temperature screening) kepada calon dan tetamu yang hadir.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/quxi3n
#temuduga#diploma
#dqJAKIM#JAKIM
#yayasanphg#yp4u#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2019 di seluruh negara diatas keputusan yang membanggakan.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia 2019 Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah meningkat berbanding tahun lepas iaitu GPS 1.89 kepada GPS 1.51 manakala peratus skor straight A's meningkat kepada 28.80 % dan 98 % daripada calon SPM 2019 telah pun menamatkan Hafazan 30 Juzuk Al-Quran.
Tahniah dan setinggi tinggi terima kasih juga kepada pihak Yayasan Pahang yang banyak memberi sokongan, pihak Pengurusan dan Pentadbiran MTNP, Guru-guru yang berkorban masa dan tenaga dan ibu bapa yang senantiasa mendoakan kejayaan anak-anak tahfiz ini.
Semoga kejayaan yang dicapai pada hari ini akan menjadi penyuluh semangat kepada kejayaan yang akan datang.
Aamiin..
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/hg6rey
#spm2018#kuantan#pahang
#yp4u#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan MTNP 2020 yang telah disempurnakan oleh KPL. Rohani Binti Abdul Majid, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM - MTNP. Turut hadir bersama ialah KPL. Muhamad Firdaus Bin Ahmad Idris.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/yqutcn
#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
MTNP Ke Arah Pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System-ABMS (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah).
System yang dikeluarkan oleh ISO bertujuan sebagai panduan dalam membantu sesebuah organisasi melaksanakan sistem pengurusan anti-rasuah yang lebih sistematik dan berkesan.
Majlis pelancaran ABMS peringkat kumpulan Yayasan Pahang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang Dato' Hj Mahmud Mohd Nawawi pada 7 Februari 2020 yang lalu akan dilaksanakan dan digunapakai di kesemua anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang pada tahun 2020.
Antara manfaat ABMS adalah meningkatkan kesedaran di peringkat dalaman dan luaran dalam menegakkan integriti, memberi keyakinan orang awam dan persepsi yang lebih baik, menubuhkan budaya integriti, meningkatkan moral pekerja dan memastikan ketelusan dalam pentadbiran. Kami sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam mempertingkatkan integriti dan tadbir urus yang telus.
Semoga usaha ini dipermudahkan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/dk5zjz
#antirasuah#isoABMS
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan sumbangan Tabung Prihatin Covid-19 MTNP Fasa-2 kepada masyarakat miskin dan fakir sekitar kawasan kejiranan MTNP.
Kali ini dana yang dikumpul adalah dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Yayasan Pahang dan Tabung Masjid MTNP.
Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka ekoran penularan wabak ini.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/zy8yu5
#TabungPrihatinCovid19
#YayasanAlSultanAbdullah#YASA
#yayasanphg#yp4u#mppd#mppMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
#PerintahKawalanPergerakan
#DudukDiRumah#KerapBasuhTangan
#Jarak1Meter#HapusCovid19