Alhamdulillah, petang ini telah berlangsung Taklimat Influenza yang disampaikan oleh Puan Siti Suhaili Binti Suradi; Pegawai Perubatan & Kesihatan, bahagian Unit Kesihatan Sekolah.
Program anjuran Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG) MTNP ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan Influenza, cara ia merebak dan cara mengelak dari ia terus merebak.
Mari kita memohon kepada Allah SAW agar terlindung daripada penyakit berkenaan dan penyakit seumpamanya.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/tjn32i
#influenza
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, telah selesai Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi kemasukan 2020 Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang diadakan pada 3 dan 4 Disember 2019 yang lalu.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/iv8lnd
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan daripada Unit Pemulihan Penjara Penor dalam rangka lawatan sambil belajar ke MTNP.
Rombongan yang diketuai oleh KIP Rosmizi bin Mohamed @ AB Aziz; Pegawai Unit Pemulihan Penjara Penor bersama 10 orang Pegawai Penjara dan Pegawai Kader JAKIM bertujuan memberi pendedahan berkenaan sistem pengajaran bermodul dari MTNP untuk diguna pakai di program Tahfiz Baitul Hikmah di Jabatan Penjara Malaysia.
Rombongan juga dibawa melihat sesi hafazan yang berlangsung di Masjid MTNP dan juga sesi 'How to Survive' pelajar tingkatan 1 di Dewan Auditorium MTNP..
Semoga dengan kerjasama ini mempereratkan lagi hubungan sediaada antara MTNP dan Penjara Penor.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/xlts0i
#demiAlqurandidada
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, 16 Nov 2019, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Teknik Mudah Menghafaz Al-Quran bertempat di MaSjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sambutan yang cukup membanggakan bagi kami dimana buat pertama kalinya program dianjurkan diluar Negeri Pahang ini dapat mengumpul lebih dari 100 penyertaan.
Program yang bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang itu diisi dengan tazkirah oleh PU Faris serta diselitkan dengan permainan ringkas membuatkan peserta tidak bosan dari awal hingga selesai program.
Semoga program ini dapat menjadi program tahunan di Masjid Wilayah Persekutuan ini dan secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada anak-anak untuk menghafaz Al-Quran.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/wbwufn
#bengkelhafazan
#teknikmudahmenghafaz#alQuran
#masjidwilayahpersekutuan#kualalumpur
#yayasanpahang#kuantan#pahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran & Anugerah Kecemerlangan Diploma 2019 bertempat di Dewan Mahkota MTNP.
Majlis ini diadakan bagi meraikan 19 orang pelajar semester 6, Diploma Tahfiz Al Quran dan Qiraat (Syukbah Qiraat & Syariah) MTNP bagi tahun 2020. Majlis khatam hafazan ini dipimpin oleh Us.Tengku Fathul Aziz bin Tengku Abdul Mutalib al hafiz dan Us Sulaiman bin Nordin al hafiz.
Disamping itu, turut diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar-pelajar Diploma bagi tahun 2019. majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTNP YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle bin Hj Ali Al-Hafiz
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ju96pz
#khatamHafazanAlquran
#diplomaMTNP
#yayasanphg
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Sabtu, 9 November 2019, Bersamaan 12 Rabiulawal 1441 Hijrah, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang tahun 1441H / 2019M bertempat di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, Kuantan.
Sambutan kali ini, MTNP telah menyertai Pertandingan Perarakan Sepanduk bagi kategori IPTA, IPTS dan Sekolah, dan alhamdulillah MTNP telah memenangi Naib Johan manakala Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dinobatkan sebagai Juara perarakan diikuti Pergerakan Puteri Islam Sekolah Menegah Agama Al Ihsan mendapat tempat ke-3.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/lwsik6
#sambutanMaulidurRasul#1441H#2019M
#kuantan#pahang#darulmakmur
#yayasanpahang#jaip
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 1441H/2019M bertempat di Hotel Grand Darul makmur, Kuantan yang berlangsung pada 29hb hingga 31hb Oktober 2019.
MTNP telah menghantar 10 orang peserta dan alhamdulillah 4 orang pelajar mendapat Johan dan seterusnya akan mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan dan manakala 3 orang pelajar mendapat Naib Johan.
Berikut kedudukan pelajar MTNP mengikut kategori.
Kategori 10 Juzuk Lelaki
Salman bin Zulkifle - Johan
Isa Dzarif bin Arif Bistami - Naib Johan
Kategori 20 Juzuk Lelaki
Muhammad Amiruddin bin Che Nordin - Johan
Kategori 30 Juzuk Lelaki
Tasnim firdausi bin Sahari - Naib johan
Mohammad Ikhwan bin Mohamad Nafiah - saguhati
Kategori 10 Juzuk Perempuan
Siti Nur Syamira Aqilah Binti Zailan - Johan
Nur Syafiqah Binti Kamaruzaman - Naib Johan
Kategori 20 Juzuk Perempuan
Nurul Nabihah Binti Abdul Latif - saguhati
Kategori 30 Juzuk Perempuan
Raina Binti Ramli - Johan
Farha Najwa Binti Ikhwan - saguhati
Manakala pelajar Alumni MTNP iaitu
Nur Hidayatul Najwa binti Hisham
Ke-3 kategori 20 Juzuk Perempuan,
Nur Alya Farhani binti Mohd Ghazali
Naib Johan kategori 30 Juzuk Perempuan
Nur Ain Farhana binti Mohd Helmi
saguhati kategori 20 Juzuk Perempuan.
Tahniah kepada semua peserta dan jutaan Terima kasih YH Dato’ Dr. Hj. Zulkifle b. Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, barisan Pengurusan dan guru-guru atas sokongan dan bimbingan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/glrvrr
#majlismenghafazAlQuranNegeriPahang
#huffaz#kuantan#pahang
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, 22 Disember 2019 bertempat di Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang telah berlangsung Majlis Makan Malam Bersama YAB Menteri Besar Pahang dan Penyerahan Sijil ISO kepada MTNP.
Kerajaan Pahang akan memperluaskan MTNP ke seluruh negeri ini bagi mengambangkan lagi peranan MTNP menyediakan peluang pembelajaran seimbang dalam bidang keagamaan dan akademik.
Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kecemerlangan MTNP dalam pelbagai aspek menjadikan pusat pendidikan tersebut tumpuan kepada ibu bapa dan pelajar bukan sahaja di Pahang malah dari seluruh negara.
"Insyaallah MTNP akan diperluaskan ke semua daerah di Pahang dan daerah Lipis akan menjadi daerah pertama bagi usaha ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Penyerahan Sijil ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 kepada MTNP.
Hadir sama, YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin
Ishak; Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP, YH. Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan; Eksekutif Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), En. Mohd Azanudin
Saleh; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Mohd Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz.
Dalam ucapannya, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy turut menyatakan rasa penghargaan dan bangga dengan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh warga kerja dan pelajar di MTNP kerana berjaya memperoleh dua pensijilan dalam satu masa.
Pencapaian ini menjadikan MTNP antara institusi tahfiz terawal di negara ini dan bakal menyaksikan anjakan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun dan mesra pelanggan di sebuah institusi tahfiz milik kerajaan negeri Pahang.
Beliau menggalakkan mana-mana agensi di Pahang yang sedang berusaha ke arah
pensijilan ISO dapat mencontohi dan kerja keras warga MTNP dan boleh menimba
pengalaman bersama MTNP.
"Saya berharap akan ada sekurang-kurangnya satu agensi di negeri ini memperoleh pensijilan ISO setiap tahun," katanya.
Keterangan sijil;
ISO 9001 : 2015
(Quality Management Systems - Requirements)
- Certificate no.: QMS 03491.
MS 1900 : 2014
(Shariah-Based Quality Management Systems - Requirements with Guidance)
- Certificate no.: QMS-i 00143.
IQNet ISO 9001 : 2015
(Provision of Education Services For Tahfiz Profesional and Diploma Levels)
- Certificate no.: MY-QMS 03491
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/q6hjca
#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Perasmian Cafe Masjid MTNP oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam Majlis serba ringkas yang turut serta bersama YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan YH Dato' Dr. Hj. Zulkifle B. Hj. Ali Al-HafIz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.
Majlis dimulai dengan solat subuh berjemaah diikuti tazkirah oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak yang berkongsi mengenai Doa Nabi Ibrahim Alaihissalam.
من دعاء إبراهيم عليه السلام
{رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ (83) وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ (84) وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85) وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ (86) وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ (87)يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)} [الشعراء]
majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Zainudin bin Zakaria dan jamuan ringan.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/vklaj2
#masjidMTNP#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru MTNP kali ke-3 2019 yang diadakan di Dewan Mahkota MTNP selepas selesai program Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019.
Mesyuarat kali ini bertujuan untuk lantikan baru jawatankuasa MPIBG MTNP bagi tahun 2020-2021 dan membincang isu-isu semasa.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/egjcqi
#mpibg
#MajuTerusPahang#Pahang1st#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar MTNP 2019 yang disempurnakan oleh YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang turut dihadiri oleh YH Dato' Hj. Zulkifle Bin Hj. Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru (MPIBG), barisan pengurusan, guru-guru dan ibu bapa pelajar MTNP.
Majlis dimulai dengan Pelaporan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan Karantina 2019 dan diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil Kecemerlangan Akademik dan Hafazan, Kecemerlangan Program Karantina dan Kecemerlangan Sistem Rumah.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/b4gqmr
#MajuTerusPahang#Pahang1st
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran