Alhamdulillah. Seramai 6 orang pelajar MTNP telah mewakil Malaysia ke World Robot Games 2019 bertempat di ZEER RANGSIT, Grand Diamond Hall, Bangkok, Thailand pada 29 hingga 31Ogos 2019.
Negara yang turut serta bertanding antaranya Philippines, Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, China dan Taiwan. Kategori yang dipertandingkan ialah Sumo Robot, Line Tracing, Search and Rescue MINI, Robot Rugby dan Innovative. Kategori baru yang diperkenalkan iaitu Line Tracing X-Treme.
Berikut senarai nama pelajar MTNP dan kategori yang dimenangi oleh pasukan Malaysia:
1. Best Performance Award :
- Marlia Binti Mahmud
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
2. Rugby Category 3Kg (Open) :
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
- Muhammad Azamuddin Bin Suhaily
(BRONZE)
3. Innovative Category (Senior) -
- Ouswa Huseina Binti Badli Shah
- Alya Nur Izzah Binti Sharuddin
- Marlia Binti Mahmud
- Nabil Haikal Azfar Bin Zaiful Azman
(SILVER)
Jutaan terima kasih terutama kepada YH Dato' Ketua Pegawai Eksekutif MTNP dan Yayasan Pahang atas sokongan dan juga kepada semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan untuk pasukan Robotic dan Inovasi MTNP.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/oze8c8
 
 

Alhamdulillah, sebentar tadi MTNP telah menerima kunjungan daripada Yayasan Islam Kelantan sempena Lawatan Kerja Rombongan Yayasan Islam Kelantan ke MTNP.

Rombongan yang diketuai oleh YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan dan YM. Tengku Ab Rahman Bin Tuan Yunus, Pengarah Yayasan Islam Kelantan bersama Timbalan Pengarah, Penolong-penolong Pengarah dan Pegawai Yayasan Islam Kelantan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek berkaitan untuk diterapkan dalam pengurusan dan pentadbiran Maahad Tahfiz kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Hormat Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP.

Semoga lawatan ini mengeratkan lagi hubungan antara Yayasan Islam Kelantan dan MTNP bagi bersama-sama memartabatkan Alquran dan melahirkan lebih ramai penghafaz Alquran yang berkualiti.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/ynjdw3

#generasiAlquran#huffaz
#yayasanIslamKelantan#pantaitimur
#kelantan#pahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran DariKelantanmtnp2019

Alhamdulillah. Telah berlangsung Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.

Tanpa menafikan betapa besarnya sentuhan dan sumbangan YB Dato' Sri Diraja kepada MTNP ini sendiri, malah tidak keterlaluan rasanya untuk seluruh warga MTNP memberi gelaran "Bapa Pembangunan MTNP" kepada YB Dato' Sri Diraja atas segala sumbangan idea, ungkapan nasihat dan semangat serta teguran yang penuh hikmah yang menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MTNP sejak mula ditubuhkan hingga kini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH. Dato' Haji Mahmud Bin Mohd Nawawi.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/hdkdvx

 



#merdeka2019
#sayangimalaysiaku#malaysiabersih
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

sambutanMerdekaMtnp2019

Alhamdulillah. Telah berlangsung Pesta Durian MTNP 2019 bertempat di perkarangan masjid selepas solat asar sebentar tadi.

Program ini bertujuan untuk menjamu para pelajar MTNP dengan buah durian yang sedang lebat berbuah sekarang ini.

Diharapkan program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan warga MTNP di samping mengurangkan tekanan di kalangan pelajar terutama selepas menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2019.

Pengurusan MTNP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa dan MPIBG yang telah menyumbang sepenuhnya program ini.
Berita selanjutnya ;  https://rb.gy/zjwqoj
#pestadurianmtnp#durian
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
pestaDurianmtnp2019

Alhamdulillah, 8 Ogos 2019 (Khamis) bersamaan 7 Zulhijjah 1440H telah berlangsung majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KUIPSAS dan MTNP dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) dan Institusi-Institusi Berkepentingan bertempat di Auditorium KUIPSAS Kuantan Pahang.
Majlis ini disaksikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang juga merupakan Pro-Canselor KUIPSAS. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato' Sri Salehuddin bin Ishak.
Sebanyak 8 buah institusi termasuk MTNP menghadiri majlis dan menandatangani MoU pada hari ini. Institusi-institusi tersebut ialah Pahang Skills Development Centre, Kolej Komuniti Kuantan, Widad University College, University College of Yayasan Pahang, Chartered Institute of Management Accountant, Institute of Marketing Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Di dalam majlis ini, MTNP diwakili oleh YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif MTNP manakala KUIPSAS diwakili oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.
Semoga dengan kerjasama ini mengukuhkan lagi hubungan strategik serta memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dalam melahirkan pelajar atau graduan yang holistik, berdaya saing dan seimbang.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/febeyr

 

MTNP telah menyertai pertandingan IIUM INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP (IDC) edisi 2019 dengan mempertaruhkan 6 kumpulan pembahasa yang mewakili 3 kategori bahasa iaitu debat Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Bahasa Arab (BA).

Pertandingan debat yang berprestij ini telah disertai oleh 53 buah sekolah dari seluruh malaysia dan 1 buah sekolah dari Singapura.

MTNP telah menghantar 18 orang pelajar dan kesemuanya bertanding sebagai peserta dan kumpulan swing. Kategori bahasa inggeris telah mengetengahkan format pertandingan British Parlimentary manakala Bahasa Arab dan Bahasa Melayu masih mengekalkan format Asian Parlimentary.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan;

Pertandingan debat IDC UIA

- setiap kategori bahasa menghantar 2 pasukan tanpa peserta simpanan kecuali BA
- SEMUA Pelajar bertanding termasuk 2 peserta simpanan sebagai kumpulan SWING
- keputusan mengikut level

A) PUSINGAN AWAL

MTNP BM A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir

MTNP BM B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir

MTNP BI A dan MTNP BI B kutipan mata 6 dari 4 sebab pertandingan british parlimentary tidak layak ke suku akhir

MTNP BA A - 3 kemenangan dari 4 pertandingan dan layak ke suku akhir
MTNP BA B - 2 kemenangan dari 4 pertandingan tidak layak ke suku akhir
MTNP Swing BA - 2 kemenagan dari 4 pertandingam tidak layak ke suku akhir

B) PUSINGAN SUKU AKHIR

MTNP BM A vs MRSM BENTONG
menang dan layak ke separuh akhir

MTNP BA B vs ALMAARIF KEDAH
menang dan layak ke separuh akhir

SEPARUH AKHIR

MTNP BM A vs MAAHAD TAHFIZ ALOR SETAR
kalah dan tidak layak ke final dan mendapat tempat ke 4 daripada 26 pasukan yang bertanding.

MTNP BA B vs AL JUNEID SINGAPURA
menang dan layak ke peringkat akhir

AKHIR

MTNP BA B vs SAM Bandar Salak Tinggi, Selangor (BEST)
MTNP kalah diperingkat akhir dan mendapat tempat ke 2 dari 24 buah pasukan

Muhammad Ikhwan Nafiah telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik pusingan akhir kategori bahasa arab **Berita selanjutnya ; https://rb.gy/iue43a

#debat#iium#idc #2019
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran
debatIIUMmtnp2019

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Graduasi Program Karantina 'Hafal Qur'an Sebulan' Tingkatan 1 MTNP Siri pertama.

Program yang bermula sebulan yang lalu ini telah menunjukkan kejayaan yang membanggakan apabila seramai 10 orang pelajar telah berjaya khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh tersebut, manakala majoriti peserta berjaya menghafaz lebih dari 15 juzuk Al-Quran.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberikan sokongan dan dorongan bagi menjayakan program ini.

Semoga siri berikutnya mampu melahirkan lebih ramai pelajar yang khatam seterusnya diikuti dengan program syahadah.

Berita selanjutnya ; https://rb.gy/9pkon5



#karantina#hafazAlquransebulan
#siri1#form1#tingkatan1
#yayasanpahang
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

graduasiKarantinaBatch1mtnp2019

Alhamdulillah, pada 6 Julai 2019, bermula jam 5 petang, telah berlangsung Mesyuarat Agung Alumni MTNP kali-1 dan Majlis Makan Malam Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bertempat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh YB. Encik Abd Rahim Bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

**Berita selanjutnya ; https://rb.gy/htn3ir
**Gambar kenangan penerima hadiah ; https://rb.gy/h5wxct

#alumniMTNP
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran alumni2019mtnp 82web

Pada hari Sabtu, 27 Julai 2019 bertempat di Dewan Muktamar, Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Selangor, telah berlangsung Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Kali ke-28 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.
Alhamduillah, dalam majlis ini Jabatan Diploma MTNP telah menerima beberapa anugerah iaitu:
 
-Anugerah Kecemerlangan Institusi 2019 (Pengurusan)
- Anugerah Kecemerlangan Institusi 2019 (Pencapaian Akademik)
- Anugerah Kecemerlangan Akademik (13 org pelajar yg mendapat pangkat Mumtaz)
- Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Nurul Nabihah binti Abdul Latif)
- Anugerah Pengerusi Lembaga Darul Quran (Raina binti Ramli)
Syabas dan tahniah kepada Jabatan Diploma MTNP semoga terus mengekalkan kecemerlangan ini.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/siogrc
 
 

Daulat Tuanku
Menjunjung kasih Tuanku atas perkenan menerima kunjungan patik pacal-pacal kakitangan MTNP ke Istana Negara pada tanggal 4 Julai 2019 yang penuh bermakna.

**Berita selanjutnya ; https://rb.gy/b6mqrh

#istananegara
#mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran istanaNegaramtnp1 4

Alhamdulillah, minggu ini Program Sukarelawan Huffaz MTNP bersama pelajar SK Sg Soi dalam Program Sukarelawan Huffaz Celik Al-Quran (CAQ) Maahad Tahfiz Negeri Pahang anjuran Unit Kesukarelaan PMI MTNP dengan kerjasama Yayasan Pahang.
Harapan dengan program seumpama ini dapat meningkatkan lagi jati diri pelajar MTNP serta menanam sifat sentiasa ingin membantu dan berkhidmat untuk masyarakat khususnya dalam bidang Al-Quran.
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/jvcpde
 
 

21 Jun 2019, Jumaat. Alhamdulillah buat kesekian kalinya, Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran
MTNP 2019 telah sempurna dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan
Iskandar Al-Haj bertempat di Grand Ballroom The Zenith Hotel Kuantan.

Turut hadir mengiring KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah YAB Menteri Besar Pahang dan tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Seramai 174 orang pelajar telah menerima anugerah kecemerlangan masing-masing terdiri daripada khatam hafazan, cemerlang akademik dan juga kokurikulum.

#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

© All Copyrights Reserved MTNP 2019

majliskhatammtnp2 1 2

 

 

 

Sesi pertama, majlis dimulai dengan sesi khatam hafazan Al-Quran dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
YH Dato' Haji Mahmud 
bin Mohd Nawawi.

 

 

 

Sesi kedua, majlis diteruskan dengan bacaan Al-quran oleh alumni MTNP, tayangan Montaj Pencapaian MTNP dan Pengurniaan Anugerah
Kecemerlangan & Khatam Hafazan Al-Quran disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin 
Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

© All Copyrights Reserved MTNP 2019

 

 

 

Bergambar kenangan 

 

Alhamdulillah.. MTNP telah menyertai edisi ke-2 Pertandingan Debat Sains, Teknologi dan Inovasi (DESTI 2.0) anjuran Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 19 hingga 21 Julai di 2019 di Universiti Sains Malaysia.
MTNP telah dinobatkan sebagai JOHAN untuk edisi kali ini. MTNP telah menghantar 2 buah pasukan dan kedua-dua pasukan telah berjaya sehingga ke peringkat suku akhir dan salah satu daripadanya telah berentap di pusingan akhir bertemu Sekolah Sains Sultan Alam Shah (ASIS).
Dengan margin 1 dan Juri 4-3 dengan usul 'KITA SUDAH SERIUS DALAM MENANGANI KRISIS SISA BUANGAN RENTAS SEMPADAN', usul telah ditolak dewan dan kemenangan berpihak kepada pasukan pembangkang yang diwakili oleh MTNP.
Izzah Nasuha Zulmuksah pelajar tingkatan 4 MTNP dinobat sebagai 10 pendebat terbaik pertandingan
Tahniah kepada cikgu
Nur Asma Khalid
dan Pasukan Debat MTNP.
TAHNIAH!!!
 
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/fapugt
 
 
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Sukarelawan Huffaz Maahad Tahfiz Negeri Pahang bersama pelajar SK Bukit Sekilau
anjuran Unit Kesukarelaan PMI MTNP dengan kerjasama Yayasan Pahang.
Harapan dengan program seumpama ini dapat meningkatkan lagi jati diri pelajar MTNP serta menanam sifat sentiasa ingin membantu dan berkhidmat untuk masyarakat.
Berita selanjutnya ; https://rb.gy/zbuoxd
 
 
TOP