Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Iftar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato' Haji Mahmud
bin Mohd Nawawi Bersama Pelajar MTNP bertempat di Dewan Mahkota MTNP.

#iftar
#ramadhan1440h #puasa2019
#yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

iftarYPmtnp2 3

 

 

Telah berlangsung Perjumpaan Kakitangan MTNP Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang bertempat
di bilik mesyuarat Yayasan Pahang.
**kemaskini..

 

bersamaCEOYP 1

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat MUIP, Insentif Huffaz Mutqin Yayasan Pahang
dan Pek Ramadhan UCYP yang disampaikan oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid
bin Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). #mtnp#tahfizpahang#memartabatkanAlquran

 

mutqinmtnp3 2

 

 

Telah berlangsung sesi Ramah Mesra Pelajar Tingkatan 1 Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang,
YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi bertempat di Bilik Seminar Yayasan Pahang. 
**kemaskini..

 

form1yp 11

 

 

YH DATO’ HAJI MAHMUD BIN MOHD NAWAWI

Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah melaksanakan Program Habit Pelajar Cemerlang yang melibatkan
semua pensyarah, guru dan semua pelajar.

Program bermula dengn Slot 1 : 
"Peranan Guru Dalam Membentuk Habit Pelajar Cemerlang".
Slot ini bermula jam 8.30 sehingga 11.00 pagi dengan melibatkan semua guru dn pensyarah MTNP.

Seterusnya program diteruskan Slot 2 : 
" Amalan Habit Pelajar Cemerlang" yang melibatkan semua pelajar di Dewan Auditorium MTNP.

Penceramah jemputan adalah Prof. Datuk Dr. Noriah binti Mohd. Ishak, Pengarah Pusat Permata Pintar Negara.
Syabas & tahniah kepad semua warga MTNP dan pihak Yayasan Pahang atas sokongan padu menjayakan program ini.

#permatapintar #yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

permatamtnp2 9

 

Telah berlangsung sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM 
Sesi Pengajian 2019-2022 Di Lokasi Tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
**kemaskini..

 

temudugaDiplomamtnp 5

 

Rabu, 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H jam 12.30 tengahari bertempat di Auditorium MTNP telah
berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MTNP dan Yayasan Karantina
yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi dan
semua peserta Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan dan secara rasminya meletakan MTNP sebagai 
MITRA (Rakan Kongsi) Yayasan Karantina Tahfizh Al-Qur'an Nasional yang ke-80 .

 

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan taklimat pengenalan teknik Yadain dan memperkenalkan 
Yayasan Karantina kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar MTNP. 

 

#hafaz #hufaz #alquran
#yayasanpahang #yayasankarantina
#pahang #malaysia #indonesia #serumpun
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

 

karantinamtnp4 7

 

 

Sesi taklimat pengenalan teknik Yadain dan memperkenalkan Yayasan Karantina kepada warga pendidik dan pelajar-pelajar MTNP

 

Rabu, 15 Mei 2019 bersamaan 10 Ramadhan 1440H jam 8.30 pagi bertempat di Auditorium MTNP telah
berlangsung Seminar Teknik Hafaz Al-Quran Sebulan bersama tetamu jemputan khas dari Indonesia iaitu
Ustaz Ma'mum Al-Qurthuby, Pengerusi Yayasan Karantina dan Ustaz Yadi Iryadi, Pengasas teknik Yadain.

 

Seminar yang dihadiri oleh pengetua dan guru-guru tahfiz sekitar Negeri Pahang bertujuan memperkenalkan
Yayasan Karantina dan teknik Yadain. Seminar ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Pahang, YH Dato' Haji Mahmud bin Mohd Nawawi.

 

#hafaz #hufaz #alquran
#yayasanpahang #yayasankarantina
#pahang #malaysia #indonesia #serumpun
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

karantinamtnp2 1

 

Telah berlangsung Seminar Kesedaran Keselamatan Bahaya Fahaman Radikal & Ekstrimisme Terhadap Keselamatan Negara 
yang disampaikan oleh ASP Mohd Adib Bin Anwar, Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas IPK Pahang untuk mengupas
tajuk Keganasan Semasa & Ancaman Militan Terhadap Keselamatan Negara.

 

IPKphgmtnp 3

 

Alhamdulillah, telah berlangsung Pendaftaran Pelajar Baharu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM
sesi 2019-2022 di lokasi tambahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

 

#diplomatahfiz #dq #jakim
#yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

diplomamtnp2 1

 

 

Alhamdulillah, pagi ini MTNP telah menerima kunjungan oleh YB Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang
dalam Majlis Ramah Mesra YB Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Bersama Pelajar & Kakitangan MTNP, turut serta bersama 
YH Dato' Hj. Mahmud Bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang dan Pengurus-pengurus Kanan Yayasan Pahang.

 


#pahang #yayasanpahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

 

kunjunganDatoSSpahang 19

 

Telah berlangsung Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang bersama-sama warga Maahad Tahfiz Negeri Pahang..
**kemaskini..

 

MBphgmtnp 25

 

 

Tahniah dan syabas kepada pelajar2 spm 2018 atas keputusan yg membanggakan.

Pencapaian SPM 2018 Maahad Tahfiz Negeri Pahang meningkat berbanding tahun lepas dari segi GPS dan peratus straight A.

GPS MTNP 1.89 MANAKALA PERATUS STRAIGHT A SEBANYAK 13.7%

 

Senarai Pelajar Straight A's
1) Nazira bt Zailan
2) Nur Mujeera Chaudhry bt. Shahid Haq
3) Nur Aishah bt Kahairi
4) Nur Fadhilah bt Mohd. Nooriza
5) Nur Izzah Ulya bt. Mohd. Zawavi
6) Siti Nabilah Huda bt Mohd Nor
7) Nurul Sa'eidah bt Mat Said

 

#spm2018 #kuantan #pahang
#mtnp #tahfizpahang #memartabatkanAlquran

 

MGT 4865

Telah berlangsung Ceramah Israk Mikraj bertajuk "Pengajaran Buat Pencinta Nabi" yang disampaikan oleh
Dr. Haji Abdullah Bin Ismail bertempat di Dewan Auditorium MTNP.
**kemaskini..

 

ceramahIsrakMikrajmtnp 6

 

TOP