Pelajar Cemerlang SPM2023 MTNP Mendapat Tajaan Biasiswa

Alhamdulillah, semua pelajar lepasan SPM 2023 MTNP seramai 56 orang telah berjaya menyambung pengajian ke menara gading.


Dari jumlah tersebut seramai 12 orang pelajar sedang menjalani program persediaan pengajian ke luar negara di Taylor’s College, Kolej Yayasan UEM (KYUEM), Universiti Malaya, INTEC Shah Alam, German-Malaysian Institute, Kolej MARA dan Trinity College, University of Melbourne. Selebihnya menyambung pengajian di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain.


Antara bidang yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2023 MTNP ialah kedoktoran, farmasi, perakaunan, kejuruteraan, kewangan, undang-undang dan lain-lain.


Bagi tajaan biasiswa, seramai 30 orang pelajar pelajar SPM 2023 telah berjaya mendapat biasiswa yang berprestij seperti Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang, Yayasan PETRONAS, Yayasan Peneraju, JPA MARA, JPA JKPJ, YTP MARA, TESP MARA, Yayasan Angkasawan Negara, Yayasan Felda, Yayasan MSU dan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang.


Tahniah! Anda semua kebanggaan MTNP.

Scroll to Top