Power Talk : Bagaimana Bermimpi & Mencipta Masa Depan

“Beranikan diri untuk bermimpi”


Itulah ungkapan oleh Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza yang menjadi pembakar semangat buat anak-anak didik MTNP sebentar tadi untuk mencapai cita-cita mereka.


Satu perkongsian yang bertajuk Bagaimana Bermimpi & Mencipta Masa Depan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Melalui perkongsian ini, pelajar didedahkan mengenai cara membentuk keyakinan diri dalam mencapai cita-cita yang diimpi. Semoga dengan perkongsian ini dapat memahat semangat juang yang jitu dalam diri pelajar MTNP.


Memartabatkan al-Quran


Pembangunan Modal Insan | Unit Kaunseling & Kerjaya

Scroll to Top