Marilah kita menelusuri dan menghayati sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW melalui pembacaan buku-buku atau pelbagai bahan bacaan sirah yang berautoriti serta daripada sumber yang tepat.
Teruskan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Bersama kita memperbanyakkan selawat dan membuat kebaikan dengan niat memperingati Baginda Rasulullah SAW kerana sabda Baginda,
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan selawat kepadanya 10 kali.” (Hadis Riwayat Muslim)