Diploma Tahfiz Al-Quran

“Titik Permulaan Pendidik Masa Depan Agama”

Diploma Tahfiz

Program Diploma Tahfiz Al-Quran merupakan peluang pengajian bagi pelajar-pelajar lepasan SPM. Ianya merupakan program tradisi MTNP yang telah dijalankan sejak penubuhannya iaitu pada tahun 1996. Program ini dijalankan secara usaha sama dengan pihak Darul Quran, JAKIM dan para pelajar mengikuti pengajian di MTNP selama enam semester (3 tahun). Diploma ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Pelajar lepasan Diploma boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UM, UIA, UPSI, UKM, USIM dan Universiti Al-Azhar, Mesir.

syarat umum kelayakan

  1. Anak Jati Pahang/pemaustatin negeri Pahang dan berumur di antara 17 hingga 21 tahun.
  2. Belum berkahwin dan bersedia untuk tidak berkahwin sepanjang tempoh pengajian.
  3. Lulus peperiksaan SPM dengan:
    • Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Arab Tinggi.
    • Kepujian dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah ATAU mata pelajaran Pendidikan Islam.
    • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
  4. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  5. Lulus dalam temuduga dan simulasi yang dijalankan.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Jalan Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan,

Pahang Darul Makmur, Malaysia.

No. Tel    : 09-534 3333

No. Faks : 09-534 3000

Emel  : infoadmin@tahfizpahang.edu.my

Pautan Luar

Scroll to Top