Tahfiz Professional

**Skrol kebawah untuk Risalah Program Tahfiz Profesional

Tahfiz Profesional ialah program yang dianjurkan oleh MTNP bermula pada tahun 2007 dengan pengambilan pelajar dari serata negeri Pahang dengan syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan di dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Pelajar-pelajar ini mendapat pembiayaan penuh biasiswa Yayasan Pahang bagi meneruskan peluang pendidikan peringkat menengah di sini.

Pelajar-pelajar ini mengikuti kurikulum hafazan Al-Quran 30 Juzuk selain didedahkan dengan pengajian akademik Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana sekolah harian biasa. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kemahiran berbahasa Arab dan Inggeris di samping ilmu asas yang lain. Pengajian selama lima tahun ini akan melibatkan mereka dengan peperiksaan awam Kementerian iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.

Syarat Umum Kelayakan

Lulus dalam temuduga dan ujian simulasi yang dijalankan.
Berumur tidak melebihi 13 tahun.
Memperolehi sekurang-kurangnya
TAHAP 4 dalam
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Boleh membaca Al-Quran
dengan baik.
Anak jati negeri Pahang dengan takrifan ; pemohon atau ibu bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik.

Risalah Program Tahfiz Profesional

Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Jalan Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan,

Pahang Darul Makmur, Malaysia.

No. Tel    : 09-534 3333

No. Faks : 09-534 3000

Emel  : infoadmin@tahfizpahang.edu.my

Pautan Luar

Scroll to Top