ucapan aluan ketua pegawai eksekutif

Assalamu’alaikum dan selamat datang ke laman web rasmi Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya pihak MTNP berjaya menghasilkan laman webnya yang tersendiri.

Saya berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web kami. Laman web ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi kecemerlangan dan perlaksanaan pembangunan modal insan di MTNP ini. Dalam usaha menjadikan MTNP sebagai institusi pendidikan tahfiz yang terkemuka di Malaysia, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan dari semasa ke semasa. Maka, selaras dengan perkembangan teknologi dan ICT, kewujudan laman web rasmi ini dirasakan tepat pada masanya. Dengan terbinanya laman web ini, diharapkan dapat memberi pendedahan tentang pentingnya menguasai bidang teknologi maklumat dan ICT dalam era globalisasi kepada semua warga MTNP.

 

Kami di sini bukan sahaja mahu melahirkan golongan hafiz yang hanya menguasai Hablu Minallah dan Hablu Minannas, bahkan mahir dalam pelbagai bidang profesional termasuklah ICT. Selain pendedahan tersebut, diharapkan laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya ibu bapa, pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara atas talian.

 

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi MTNP ini.

 

Tuan Haji Mohd. Lafzul Bin Muda Al-Hafiz AMP., PKC.

Ketua Pegawai Eksekutif MTNP

“Memartabatkan Al-Quran”

Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang,

Jalan Tanjung Lumpur,

26060 Kuantan,

Pahang Darul Makmur, Malaysia.

No. Tel    : 09-534 3333

No. Faks : 09-534 3000

Emel  : infoadmin@tahfizpahang.edu.my

Pautan Luar

Scroll to Top