Disember 2025

Memperkasa Pendidik Masa Hadapan: Kursus CPD & Lawatan Penanda Aras 2025

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Lawatan Penanda Aras Guru-guru Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada 29 hingga 31 Disember 2025. Program tiga hari ini sarat dengan pengisian bermakna: – Hari 1: Sesi refleksi mendalam melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi empat panitia utama […]

Memperkasa Pendidik Masa Hadapan: Kursus CPD & Lawatan Penanda Aras 2025 Read More »

Tempat Pertama Young Coders World Cup (YCWC) 2025

Young Coders World Cup (YCWC) 2025 ialah pertandingan Pengaturcaraan dan Kecerdasan Buatan (AI) peringkat Antarabangsa. Dimaklumkan terdapat lebih dari 1200 penyertaan YCWC2025 dari 10 buah negara. Hanya satu projek yang layak dipilih mewakili negara bagi setiap kategori. MTNP telah menghantar seorang pelajar tingkatan 4 aliran Sains Komputer, Muhammad Zafran Ng bin Affendi menyertai kategori AI

Tempat Pertama Young Coders World Cup (YCWC) 2025 Read More »

Kursus Profesionalisme Imam

Alhamdulillah. Jabatan Diploma MTNP dengan jayanya telah melaksanakan kerjasama julung kali bersama pihak Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 bagi menjayakan Kursus Profesionalisme Imam. Kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasakan ilmu berkaitan tugas-tugas hakiki Imam, di samping memberi pendedahan mendalam mengenai fiqh solat berjemaah terutama Masbuq muafiq, pengurusan imam, serta seni suara ketika

Kursus Profesionalisme Imam Read More »

MTNP Rangkul Anugerah Perak di Majlis Anugerah Pahang 1st 2025

Tahniah MTNP atas pencapaian cemerlang dalam penampilan sulung di pentas pengiktirafan tertinggi Kerajaan Negeri Pahang. Walaupun ini penyertaan pertama MTNP, kejayaan membawa pulang Anugerah Perak membuktikan potensi besar dan komitmen berterusan dalam mendukung aspirasi Pahang 1st ke arah kecemerlangan berterusan. Selasa, 9 Disember 2025

MTNP Rangkul Anugerah Perak di Majlis Anugerah Pahang 1st 2025 Read More »

MTNP Terima Sijil Penghargaan Pensijilan ABMS MS ISO 37001:2016

Alhamdulillah MTNP telah menerima sijil penghargaan dari Kerajaan Negeri Pahang atas kejayaan memperolehi pensijilan ABMS MS ISO 37001:2016. Majlis telah dirasmikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar sebagai wakil rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Sambutan Hari Integriti dan Hari Antirasuah Antarabangsa

MTNP Terima Sijil Penghargaan Pensijilan ABMS MS ISO 37001:2016 Read More »

Program Simulasi MTNP 2025 Melabuhkan Tirai

Majlis Penutupan Program Simulasi Pengambilan Pelajar Baharu Tahfiz Profesional Sesi 2026 Maahad Tahfiz Negeri Pahang Khamis, 27 November 2025 – Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penutupan Program Simulasi Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2026 Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di Dewan Mahkota MTNP yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., Dato’ Haji Mohd Lafzul

Program Simulasi MTNP 2025 Melabuhkan Tirai Read More »

FIMiEx Innovation (FINO) Exhibition 2025

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sekali lagi membuktikan keunggulan apabila berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam FIMiEx Innovation (FINO) Exhibition 2025 yang telah dianjurkan oleh Faculty of Industrial Management, UMPSA pada 29 November 2025, bertemakan “Green Minds, Global Impact”. Dalam penyertaan kategori Innovation, pasukan MTNP telah meraih kejayaan cemerlang dengan memperoleh: Young Innovator Award 1 Pingat

FIMiEx Innovation (FINO) Exhibition 2025 Read More »

Scroll to Top