FIMiEx Innovation (FINO) Exhibition 2025

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sekali lagi membuktikan keunggulan apabila berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam FIMiEx Innovation (FINO) Exhibition 2025 yang telah dianjurkan oleh Faculty of Industrial Management, UMPSA pada 29 November 2025, bertemakan “Green Minds, Global Impact”.


Dalam penyertaan kategori Innovation, pasukan MTNP telah meraih kejayaan cemerlang dengan memperoleh:

🏆 Young Innovator Award

🥇 1 Pingat Emas

🥈 1 Pingat Perak

🥉 1 Pingat Gangsa


Pencapaian ini menunjukkan kemampuan pelajar MTNP dalam melahirkan idea inovatif berteras kelestarian, di samping memperkukuh kemahiran dalam teknologi, komunikasi dan penyelidikan.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta serta para penyelia atas usaha gigih dan dedikasi yang tidak pernah luntur. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan MTNP di peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Scroll to Top