Kelas hafazan malam dijalankan dengan penyertaan semua pelajar tahfiz profesional. Kelas ini diadakan bertujuan memberi ruang khusus kepada pelajar untuk mengulang dan menambah hafazan baru dalam suasana yang lebih tenang dan fokus pada waktu malam .
Seawal jam 6.50 petang, para pelajar sudah berkumpul di masjid MTNP untuk persediaan solat Maghrib dan guru tasmik yang bertugas membantu membimbing dan memantau disiplin pelajar.
Suasana dipenuhi dengan lantunan ayat suci Al-Quran yang bergema, menambahkan rasa tenang dan khusyuk sehingga jam 9.00 malam dan seterusnya solat Isyak berjemaah.
Diharapkan ia menjadi rutin berterusan seterusnya menjadi habit dalam melahirkan generasi Al-Quran yang lebih cemerlang.