Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1447H/ 2026M

YH Dato’ Haji Mohd Lafzul Bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. hadir ke Majlis Cerapan Hilal Ramadan 1447H/2026M bertempat di Menara 188, Kuantan, Pahang.


Sesi cerapan di Menara 188 telah diketuai oleh Sahibul Fadilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin.


Turut diadakan sesi taklimat berkaitan cerapan hilal yang telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Falak Syarie’ Negeri Pahang, YBhg. Dr. Ahmad Irfan bin Ikmal Hisham. Taklimat tersebut bertujuan memberi penerangan lanjut mengenai kaedah serta kepentingan cerapan dalam penentuan awal bulan Hijrah. Beliau turut berkongsi maklumat berkaitan fenomena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku pada 3 Mac akan datang.


Program ini telah diurus setiakan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang (JUPEM) bagi memastikan pelaksanaan cerapan berjalan dengan lancar, teratur serta mematuhi kaedah falak syarie’.

Scroll to Top