Memperkasa Pendidik Masa Hadapan: Kursus CPD & Lawatan Penanda Aras 2025

Alhamdulillah, telah berlangsung Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) dan Lawatan Penanda Aras Guru-guru Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang bertempat di De Rhu Beach Resort, Kuantan pada 29 hingga 31 Disember 2025.


Program tiga hari ini sarat dengan pengisian bermakna:


– Hari 1: Sesi refleksi mendalam melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi empat panitia utama (Matematik, Sains, Bahasa, & PISSO). Fokus diberikan kepada penilaian pencapaian 2025 dan penyusunan pelan tindakan strategik bagi tahun 2026.


– Hari 2: Anjakan digital melalui Bengkel Pemantapan AI bersama Cikgu Khairul Helmi bin Zainal (JU AI Negeri Pahang). Guru-guru bukan sahaja belajar teori, malah mempraktikkan pembinaan laman web dengan integrasi teknologi AI.


– Hari 3: Menimba inspirasi melalui Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, University College Tati bagi memperluas jaringan akademik dan inovasi.


Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan tahfiz yang lebih berimpak, moden dan progresif.

Scroll to Top