2 orang alumni Tahfiz Profesional SPM 2024 telah menerima insentif kecemerlangan SPM daripada kerajaan Negeri Pahang. Muhammad Noor Naim Bin Mohd Noor Fadillah dan Muhammad Izz Anaqi Bin Muhamad Shoa’ir merupakan atlet negeri Pahang bagi sukan catur. Kedua-dua alumni ini sangat aktif dalam sukan catur sejak dari sekolah rendah lagi serta cemerlang dalam pencapaian SPM 2024 dengan keputusan 11A.
Kini Muhammad Noor Naim sedang membuat persediaan untuk menyambung pengajian ke Jepun di bawah tajaan JPA-MARA dan Muhammad Izz Anaqi menyambung pengajian di IPG (pengkhususan Matematik).
Semoga alumni terus maju.