Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa MTNP telah meraih 6 pingat dalam Pertandingan SMASTAEC 2025 kali ke-8 (Sekolah Agama Se‑Malaysia Taekwondo Challenge) yang berlangsung pada 11 hingga 13 Julai di Kompleks Rakan Muda, Baling, Kedah.
Berikut ialah keputusan penuh pertandingan U15:
1) 2 Pingat Emas ![]()
• Nabilah binti Saiful Bahari
(Individual Sparring)
• Muhammad Raief Syahmi bin Mohd Shahriman
(Individual Sparring)
2) 3 Pingat Perak ![]()
• Adam Firas bin Mohd Hafiz
(Individual Pattern)
• Adam Firas bin Mohd Hafiz
(Individual Sparring)
• Muhammad ‘Atif bin Arfaizal
(Plank Breaking)
3) 1 Pingat Gangsa ![]()
• Muhammad Farhan bin Mohd Rizuan
(Individual Sparring)
Jumlah keseluruhan pingat:
• 2 Emas ![]()
• 3 Perak ![]()
• 1 Gangsa ![]()
Sehubungan dengan itu, MTNP berjaya meraih tempat ke‑14 daripada 37 buah sekolah yang menyertai SMASTAEC 2025.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan yang tidak berbelah bahagi. Semoga anak-anak bangsa terus cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan hafazan Al‑Quran, Insya‑Allah.




