Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat melangkah ke tahun baharu 2025 dengan penuh tekad dan semangat.
Mulakan tahun 2025 dengan ucapan Alhamdulillah.
Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri.
Ayuh kita teruskan usaha untuk meningkatkan prestasi, memperkukuhkan integriti dan mempertingkatkan kerjasama dalam setiap aspek tugasan. Bersama-sama, kita mampu menghadapi sebarang cabaran dengan semangat kebersamaan seterusnya mencapai apa juga yang telah di hasratkan pada tahun 2025 dengan cemerlang.
Akhir kata, diucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada semua. Semoga tahun baharu membawa lebih banyak kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.