Alhamdulillah, seramai 28 orang pelajar Tingkatan 5 Ar Razi telah berpeluang menyertai lawatan Meet The Expert: Cerapan Hilal Jamadilawal 1448H di Stesen Cerapan Hilal Tanjung Batu Nenasi, Pekan pada 11 Oktober 2026.
Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai ilmu falak, kaedah cerapan hilal serta kaitannya dengan penentuan kalendar Hijrah. Pelajar juga berpeluang mendapatkan perkongsian ilmu secara langsung daripada pakar dalam bidang falak.
Walau bagaimanapun, hilal tidak dapat dilihat pada hari tersebut berikutan keadaan cuaca berjerebu. Namun begitu, program ini tetap memberikan pengalaman dan ilmu yang bermakna kepada para pelajar.
Semoga pengalaman ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan, meluaskan perspektif serta meningkatkan minat pelajar terhadap bidang astronomi dan sains Islam.




