Tokoh Mudir Tahfiz 2026, Tahniah Dato’ Hj. Mohd Lafzul Atas Penganugerahan

Sekalung tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif TPSB, YH Dato’ Hj. Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, atas penganugerahan Tokoh Mudir Tahfiz sempena Konvokesyen Huffaz Nusantara Kali Ke-10 Tahun 2026, yang telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 10 Oktober 2026 yang lalu.


Pengiktirafan ini turut mencerminkan usaha berterusan dalam mengangkat pendidikan al-Quran sebagai asas pembentukan generasi yang bukan sahaja menguasai ilmu, malah mampu menjadi peneraju ummah dan pewaris kepimpinan masa hadapan.


Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh pembangunan pendidikan tahfiz serta memperluas manfaat dan sumbangan dalam membina masa depan generasi huffaz, khususnya di Negeri Pahang dan di persada Nusantara.


Tahniah dan syabas, Dato’


Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam meneruskan amanah serta khidmat bakti demi memartabatkan pendidikan al-Quran dan institusi tahfiz.


Terus memimpin dengan ilmu, terus berkhidmat dengan amanah.

Scroll to Top