Rumah Ngaji Pahang 1ST, Membina Generasi Celik Al-Quran

Alhamdulillah, satu lagi inisiatif di bawah Aspirasi Pahang 1st sedang digerakkan menerusi Program Rumah Ngaji Pahang 1st.


Pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Program Rumah Ngaji Pahang 1st bersama Dato’ Sri Hajjah Shahaniza binti Shamsuddin, bagi menyelaras pelaksanaan program yang akan dikelolakan oleh MTNP.


Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang yang telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM1.5 juta bagi membolehkan setiap kawasan DUN di Negeri Pahang membuka Rumah Ngaji Pahang 1st.


Program ini akan menggunakan modul khas yang dibangunkan oleh MTNP bagi memastikan pembelajaran al-Quran dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.


Semoga Rumah Ngaji Pahang 1st menjadi wadah untuk membina generasi celik al-Quran, membentuk akhlak dan memperkukuh ukhuwah masyarakat.


Al-Quran dekat di hati, hidup dalam keluarga, menjadi panduan sepanjang kehidupan.


Pahang 1st – Kita Bersama!

Scroll to Top