Pada 19-21 September 2023, 5 orang pelajar Tingkatan 5 Tahfiz Profesional telah mara ke peringkat akhir Pertandingan DIY Made Simple 2023 bertemakan “Repurposing Waste, Countering Cost of Living” yang dijalankan di Universiti Malaya.
#DIYMadeSimple adalah satu program kerjasama MR.DIY dan Universiti Malaya melalui UMCares dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk kemahiran Do-it-Yourself dalam kalangan murid di seluruh Malaysia.
Pertandingan MR DIY Made Simple 2023 telah disertai oleh 180 buah sekolah dengan penyertaan sebanyak 425 pasukan.
Sebanyak 16 pasukan yang bertanding di peringkat akhir dan kumpulan inovasi MTNP telah berjaya memenangi Anugerah Inspirasi.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar Razin, Muhammad Noor Firdaus, Che Wan Damia Khadijah, Siti Khadijah dan Nur Amira Batrisya.