Alhamdulillah, Menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024, di Hotel Zenith Kuantan hari ini.
Majlis yang meraikan 52 orang pelajar terdiri daripada pelbagai kategori menerima kurniaan sijil anugerah pencapaian tertinggi dari Tuanku berdua. Penerima-penerima adalah dalam kalangan pelajar SPM 2023 seramai 24 orang, pelajar Diploma seramai 4 orang, Syahadah 30 juzuk Al-Quran seramai 4 orang, pencapaian kokurikulum seramai 15 orang, turut tersenarai pelajar Maahad Tahfiz Turath kategori Syahadah 30 Juzuk Al-Quran seramai 2 orang, pelajar Sekolah Rendah Tahfiz kategori Kecemerlangan Kokurikulum dan hafazan Al-Quran seramai 2 orang dan seorang pelajar Tadika Tahfiz dalam kategori hafazan Al-Quran.