Peperiksaan Bertulis SPM Bermula Pagi Ini

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar


Sama-sama kita mendoakan 84 orang calon MTNP yang akan mula menduduki peperiksaan bertulis SPM bermula pagi ini hingga 5 Februari 2025.


Ya Allah,

Hari ini adalah hari di mana bermulanya anak-anak didik kami akan menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak didik kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi YA ALLAH.


YA ALLAH,

Peliharalah kesihatan anak-anak didik kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.


YA ALLAH,

Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak didik kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini dapat meninggikan lagi syiar al -Quran yg berada di dada-dada mereka selanjutnya mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.


YA ALLAH,

Jadikanlah anak-anak didik kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak didik kami dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.


YA ALLAH,

Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.


YA ALLAH

Perkenankanlah doa kami ini.

Scroll to Top