17 September 2025 – Muhammad Luqman Alhakim bin Mohammad Syaiful Bahari yang merupakan alumni Tahfiz Profesional Batch SPM 2022 dan pemegang biasiswa Yayasan Khazanah berlepas malam ini ke United Kingdom. Beliau berjaya melanjutkan pengajian ke University College London (UCL) berkedudukan ke 9 World Top University (QS World University Ranking).
Saudara Luqman akan menyambung pengajian dalam Biochemical Engineering setelah membuat program persediaan A-Level di Kolej Yayasan UEM.
Semoga segala urusan melanjutkan pengajian dipermudahkan dan berjaya dengan cemerlang pulang ke tanah air dengan segulung ijazah.
Untuk rekod, alumni Tahfiz Profesional MTNP telah berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara mengikuti pelbagai program profesional samada di UK, USA, Canada, Australia, New Zealand, German, Japan, Korea dan lain-lain lagi.
MTNP merupakan sebuah institusi pendidikan milik kerajaan Negeri Pahang yang menawarkan pendidikan tahfiz beserta program profesional kearah melahirkan Huffaz Profesional masa hadapan.
Jom sertai kami di MTNP untuk kemasukan tingkatan satu sesi 2026. Mohon sekarang sehingga 21 September 2025. Pautan di ruangan komen.
“Memartabatkan Al-Quran”




