Program Liqa’ Ahlil Quran 2023

Alhamdulillah Syukur Ke Hadrat Ilahi, MTNP telah turut dijemput untuk menghadiri MAJLIS LIQA’ AHLIL QURAN di Masjid Negara hari ini. Majlis ini telah dianjurkan oleh Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN) dan Sekretariat Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Program ini adalah bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa yang ke -63.


Program yang diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2023 (Rabu) ini telah dihadiri oleh para tetamu Ilmuan Islam yang tidak asing lagi iaitu Masyaikh Ahlil Quran yang merupakan anggota Jemaah Hakim Luar Negara antaranya seperti Sheikh Ahmad Isa Maasarawi (Mesir), Sheikh Rashid Ali Sufi (Qatar), Sheikh Samih Athamneh (Jordan), dan Sheikh Atofay (Morocco).Program ini telah dihadiri oleh ribuan guru dan pelajar tahfiz Al-Quran seluruh negara bagi mendengar dan mendapatkan tausiyah serta bermuzakarah dengan para masyaikh tersebut.


Pengalaman baru

Ilmu baru

Percambahan idea baru


Antara point yang dapat di dalam majlis itu adalah;


1. Penekanan tentang pentingnya IKHLAS dalam menuntut ilmu Al Quran.


2. Pengetahuan tambahan tentang ilmu Qiraat.


3. kepentingan mempelajari ilmu alquran melalui rasmul quran, bersama guru yang pakar, penghafaz alquran perlu berhati-hati dengan budaya-budaya baharu.


4. Kenapa qiraat hafs an asim yg menjadi qiraat atau bacaan yg mashur.


5. Para penghafal al-quran perlu mengatur masa sebaik-baiknya untuk mengulang hafazan yang telah dihafal.


6. Bacaan al quran perlu bertalaqi dgn guru yg mempunyai sanad,dan jauhi cara2 bacaan yang tak betul yg menjadi trend yg tersebar sekarang.

Scroll to Top