Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 Negeri Pahang
Tempat: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Tarikh: 10 September 2025
Di dalam majlis ini, Maahad Tahfiz Negeri Pahang telah mendapat anugerah khas bagi kategori “Gred Purata Sekolah (GPS) Kurang 2.0 Untuk Tiga Tahun Berturut-Turut” yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPSB, YH. Dato’ Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz. Selain itu, seramai 33 orang alumni SPM 2024 dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang turut menerima insentif ini dari kerajaan Negeri Pahang.
Semoga insentif ini terus menjadi semangat dan dorongan untuk semua warga MTNP terus cemerlang dan berusaha ke arah yang lebih baik.




