Power Talk Bersama Alumni MTNP SPM 2009

Pada 15 Jun 2023 yang lalu, telah berlangsung program perkongsian kepakaran yang dinamakan Power Talk yang telah disampaikan oleh alumni MTNP iaitu Saudara Muhammad Naim bin Katiman anjuran Unit Kaunseling dan Kerjaya, Pembangunan Modal Insan MTNP.
 
Saudara Muhammad Naim bin Katiman merupakan alumni MTNP Tahfiz Profesional lepasan SPM pada tahun 2009 dengan memperoleh pencapaian cemerlang 11A (7A+,1A,3A-). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda ke University of al-Azhar dalam Pengajian Ulum Islamiyah dengan pencapaian CGPA 3.7.
 
Bermula bekerja selepas graduasi sebagai Finance executive dalam Capital Market (Amanah Raya Trustees Berhad), kemudian sebagai Analyst di Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, kemudian sebagai Manager dalam company retail e-commerce, Salmi Niaga Solution. Beliau juga merupakan pengasas dan CEO Tibyan AI Sdn Bhd, sebuah company technology yang baru ditubuhkan. Di samping mengendalikan bisnes secara full time, beliau meneruskan pengajian nya dalam Charterd Financial Analyst, (CFA) dan certificate2 yang berkaitan dalam AI.
 
Perkongsian dan pendedahan kepada para pelajar adalah berkisar tentang :
• Pengalaman beliau selama menceburi bidang AI?
• Apakah itu AI?
• Kemaskini terbaru AI?
• Kebaikan AI?
• Kerjaya dalam bidang AI?
 
Para-pelajar kelihatan begitu teruja dengan pendedahan dan dikongsikan yang diberikan. Semoga dengan perkongsian yang diberikan ini memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar MTNP untuk menceburi dalam bidang teknologi ini di masa hadapan.
Scroll to Top