Majlis Perjumpaan Dan Amanat Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang

Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Perjumpaan Dan Amanat kepada pelajar yang akan menyambung pengajian ke timur tengah yang disampaikan sendiri oleh YH Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang merangkap Pengarah Urusan MTNP bertempat di Kompleks Yayasan Pahang.


Seramai 13 pelajar lepasan Diploma MTNP akan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di Universiti Timur Tengah. 2 orang pelajar akan melanjutkan pengajian di Mesir dan 3 orang lagi akan melanjutkan pengajian di Maghribi dan 8 orang di Jordan.


Kesemua mereka telah pun menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan masing-masing memperolehi kecemerlangan dengan pangkat Mumtaz (CGPA 3.90 dan ke atas) dalam Diploma Tahfiz.

Scroll to Top