Hari Keusahawanan Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Alhamdulillah, julung kali diadakan Hari Keusahawanan Maahad Tahfiz Negeri Pahang pada 23 Julai yang lalu melibatkan semua ahli Kelab Keusahawanan MTNP. Pelbagai aktiviti serta aneka makanan telah dijual oleh ahli Kelab Keusahawanan MTNP.


Turut hadir bersama memeriahkan program ini,Ketua Pegawai Eksekutif TPSB ;Tuan Haji Mohd Lafzul bin Muda, barisan pengurusan, kakitangan serta guru-guru MTNP dan anak syarikat yang lain.


Semoga program ini dapat memberikan ilmu baru kepada para pelajar dalam bidang perniagaan dengan merasai sendiri pengalaman berniaga.


Terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Hari Keusahawanan MTNP pada tahun ini.

Scroll to Top