Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Majlis Pendaftaran dan Taklimat Pelajar Baharu Tingkatan 1 Tahfiz Profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang Sesi 2026-2030.
Dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat dan penyerahan naskah Al-Quran, seterusnya ucapan dan amanat Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., YH Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz dan seterusnya sesi akad penyerahan anak-anak pelajar oleh ibubapa kepada pihak MTNP.
Setelah selesai, pelajar dibenarkan masuk ke asrama ditemani ibubapa. Pelajar Tingkatan 1 bermula petang ini akan mengikuti program How To Survive (HOTS) iaitu program orientasi selama dua minggu sebelum memulakan pengajian secara rasmi di MTNP.
Selamat maju jaya diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terpilih.
Membangunkan Profesional Islam Masa Depan




