Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mengadakan Perhimpunan Rasmi sempena Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 dengan penuh tertib dan bermakna.
Perhimpunan ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Hormat Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz,
Ketua Pegawai Eksekutif TPSB, yang menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang kepada seluruh warga MTNP agar memulakan sesi persekolahan dengan azam, disiplin dan iltizam yang tinggi.
Turut hadir ialah ASP Mohd Syahril bin Khalid,
Pegawai Perhubungan Sekolah, sempena pelaksanaan Program “First Day At School”, iaitu program kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program ini bertujuan meningkatkan aspek keselamatan sekolah serta pembinaan sahsiah, disiplin dan akhlak pelajar melalui pendekatan mesra dan turun padang oleh pihak polis.
Semoga kehadiran pihak PDRM, khususnya ASP Mohd Syahril bin Khalid, menjadi permulaan yang positif dalam membentuk sahsiah unggul, disiplin tinggi dan akhlak mulia dalam kalangan warga MTNP secara keseluruhannya.
Majlis ini turut diserikan dengan Penyampaian Sijil dan Penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama MTNP melalui penyertaan dan kejayaan dalam pertandingan berikut:
International Invention, Innovation & Entrepreneurship Idea Competition (I3EC)
Penang International Invention, Innovation and Design (PIID)
Bridge Innovation Challenge (BIC)
Kancil Science Competition
Selain itu, turut diadakan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi 2025 sebagai pengiktirafan atas amanah dan tanggungjawab kepimpinan yang dipikul.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar.
Semoga tahun 2026 menjadi tahun kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan buat seluruh warga MTNP.




