Malaysia Technology Expo (MTE 2024)

MTNP mencatat kejayaan dengan merangkul 3 pingat iaitu 2 emas dan 1 gangsa dalam Anugerah Belia Asia sempena Malaysia Technology Expo (MTE 2024).


Ekspo peringkat antarabangsa ini mempamerkan 374 penyertaan daripada para saintis, penyelidik, inovator global, usahawan dan tenaga pakar dalam pelbagai industri mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Persekutuan Persatuan Pencipta Antarabangsa, Chinese Innovation and Invention Society (CIIS), Eurobusiness-haller, Indonesian Invention and Innovation Promotion Association (INNOPA), Iranian Top Inventors (IRTI), Japan Intellectual Property Association (JIPA), National Research Council of Thailand (NRCT) dan Toronto International Society of Innovation and Advanced Skills (TISIAS).


Semoga para pencipta inovasi MTNP dapat menghasilkan lebih banyak inovasi yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Scroll to Top