Majlis Watikah & Apresiasi MPP Pelajar Diploma

Sekalung tahniah buat semua pimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar Diploma sesi 2024/2025 atas pelantikan yang telah diadakan pada 23 Februari 2024 di Hotel Mega View Hotel.


Seramai 13 orang mahasiswa yang berjaya memenangi pilihanraya yang telah diadakan pada bulan lalu dan melayakkan mereka untuk dilantik sebagai pimpinan sesi baharu.


Setinggi penghargaan diucapkan juga kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar Diploma sesi 2023/2024 atas segala khidmat dan bakti kepada seluruh warga Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Semoga Allah merahmati dan mengurniakan ganjaran yang tertinggi di sisiNya.


“Memartabatkan Al-Quran”

Scroll to Top