Demikianlah ungkapan 4 pelajar cemerlang SPM MTNP ketika bertemu YAB Dato Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang malam tadi.
Dalam pertemuan tersebut, ‘Tok Wan’ telah menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pelajar cemerlang tersebut dan turut menyampaikan insentif kecemerlangan Yayasan Pahang kepada keempat-empat pelajar MTNP dan MTTNP terdiri daripada :
– Muhammad Noor Naim bin Mohd Noor Fadillah yang memperolehi 10A+
– Ahmad Amirul Haqeem bin Ahmad Nizam yang memperolehi 9A+
– Ahmad Rafiq bin Mohd Shaikhudin yang memperolehi 8A+
– Muhammad Zaki bin Zainal Abidin yang memperolehi 8A+
Dato Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah MTNP sejak 2018 hingga kini. Berkat kepimpinan beliau, MTNP telah mencapai pelbagai kecemerlangan termasuklah yang terbaru pencapaian sebagai sekolah terbaik SPM di negeri Pahang yang diumumkan semalam dengan GPS 1.15.
MTNP turut tersenarai dalam kelompok 5 sekolah terbaik kebangsaan berdasarkan ranking sekolah yang memperolehi GPS terbaik.
Manakala, seramai 45 daripada 84 orang calon (53.57%) berjaya memperolehi straight A atau kesemua A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada SPM kali ini.
Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MTNP Hj Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz.
“Tidak mungkin MTNP berada ditahap ini tanpa sokongan, nasihat dan panduan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar. Sikap ambil berat MB terhadap MTNP bukan hanya ketika mesyuarat lembaga pengarah, malah sentiasa sahaja bertanya serta mengikuti perkembangan secara dekat sekaligus membuktikan kecaknaan dan minat beliau terhadap pendidikan khususnya melibatkan pendidikan agama islam”; ujar KPE MTNP ketika ditanya mengenai resepi kecemerlangan MTNP.
Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan lonjakan kepada siri kecemerlangan yang seterusnya buat negeri Pahang Darul Makmur pada masa hadapan.