SPM 2024: MTNP Kekal Sekolah Terbaik di Pahang

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) sekali lagi mencatatkan pencapaian membanggakan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 apabila memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 1.15, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik di negeri Pahang dan berada di kelompok 5 teratas dalam ranking kebangsaan.


Cukup istimewa keputusan SPM 2024 kali ini yang menggabungkan dua institusi di bawah Yayasan Pahang iaitu Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang. Kedua-dua institusi ini telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang dan seimbang dalam kedua-dua aliran, iaitu Tahfiz Profesional dan Tahfiz Turath.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2024. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dan melahirkan generasi huffaz yang bukan sahaja unggul dalam akademik, malah mampu memimpin masyarakat ke arah masa depan yang cemerlang dan gemilang.


“Kejayaan itu dicapai dengan usaha, tetapi dikekalkan dengan disiplin”

Scroll to Top