“Kejayaan itu dicapai dengan usaha, tetapi dikekalkan dengan disiplin.”
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt. Sejarah terus terukir. Pencapaian MTNP GPS 1.15 berbanding GPS 1.07 pada tahun lalu.
Merafak sembah menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Penaung Diraja MTNP yang sentiasa cakna dan mengambil berat akan perkembangan MTNP.
Juga kepada YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pengarah TPSB dan seluruh ahli lembaga yang sentiasa mendoakan, memberikan nasihat serta dorongan kearah kecemerlangan MTNP.
Penghargaan istimewa sudah tentulah buat Yayasan Pahang, semua tenaga pengajar, warga kerja MTNP serta seluruh ibubapa dan pelajar yang berusaha kuat bagi mencapai kejayaan ini.
Pencapaian ini bukan kerana kami hebat tetapi kami sebenarnya menumpang berkat Al-Quran.