Kuiz Perakaunan Negeri Pahang (KPNP) yang julung kali dianjurkan oleh UNITEN Business School pada 16 April 2025 telah disertai oleh 49 buah sekolah yang terdiri 157 pasukan daripada para pelajar sekolah menengah di negeri Pahang. Penganjuran KPNP 2025 turut disokong oleh rakan strategik Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yayasan Canselor UNITEN, Malaysian Institute of Accountants (MIA), The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Yayasan Pahang.
Pertandingan KPNP terdiri daripada tiga pusingan saringan, di mana saringan pertama dijalankan secara dalam talian pada 16 April 2025, manakala pusingan separuh akhir dan pusingan akhir diadakan secara bersemuka pada 26 April 2025.
Sebanyak lapan pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menempuh saringan pertama secara dalam talian. Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ialah SMK Sultan Abu Bakar, SMJK Tanah Puteh, SMJK Hwa Lian, SMK Seri Bahagia, Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), MRSM Muadzam Shah, MRSM Kuantan, dan SMK Agama Pahang.
Alhamdulillah, pasukan MTNP berjaya melangkah ke peringkat akhir dan meraih Tempat Ketiga dalam pertandingan ini.
Pasukan MTNP diwakili oleh pelajar berikut:
– Ahmad Umar Hakimi bin Ahmad Affan (5AM)
– Muhammad Abu Bakar bin Sirajulhuda (5AM)
– Muhammad Afiq Jazlan bin Mohamad Radzmi (5AM)
– Muhammad Daniel Iqbal bin Mohd Nazori (5AK)
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Sekalung penghargaan juga kepada semua warga MTNP atas doa dan sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan.