Alhamdulillah, penyertaan dua kumpulan inovasi dari MTNP dalam Virtual Innovation Competition (VIC) 2025 anjuran UiTM Cawangan Kelantan telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila berjaya meraih empat anugerah keseluruhan! Penyertaan ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Kumpulan CRESTON dengan inovasi bertajuk LAPTRACK: Smart Solution for Device Management System telah memenangi:
Best Video Award
Top 5 Young Scientist Award
Kumpulan PHYVIR pula mengetengahkan inovasi PHYVIR: Development of an Interactive Learning Website with Experiment Simulations for Enhanced Science Education berjaya meraih:
Gold Award
Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru penyelia, Cikgu Sarah Alyaa dan Cikgu Aliyah atas tunjuk ajar dan komitmen yang diberikan. Semoga kejayaan ini membakar semangat pelajar MTNP untuk terus berkarya dan menyertai lebih banyak pertandingan inovasi pada masa akan datang!
#MTNP#VIC2025#Inovasi#Anugerah#KejayaanPelajar#BanggaMTNP
Jabatan Akademik Tahfiz Pro
Maahad Tahfiz Negeri Pahang
26 Jun 2025