Bagi meraikan usaha pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang telah melaksanakan projek sukarelawan inovasi bersama komuniti orang asli di Kampung Sungai Miak, Bentong dan Kampung Kuala Penderas, Temerloh pada Februari yang lalu, satu majlis minum petang bersama telah diadakan. Turut dihadiri Tuan Haji Abd Razak Bin Abu Muda Saari, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pahang dan juga wakil daripada MyFundAction, Puan Siti Aisyah Binti Syahid, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction serta barisan pegawai Yayasan Pahang, MTNP, YPAS & fasilitator MyFundAction.
Program ini merupakan satu inisiatif untuk melatih pelajar seawal Tingkatan 4 bagi melaksanakan satu projek sukarelawan inovasi kepada masyarakat. Berpandukan isu semasa yang ada, mereka menggembleng tenaga dan fikrah menghasilkan satu inovasi bagi membantu komuniti tersebut.
Semoga program ini dapat memberi impak yang bermanfaat pada masa akan datang.
Memartabatkan al-Quran