Ramadan bakal menjelma. Ayuh persiapkan diri dengan bekal agar kita mampu memanfaatkan kehadiran tetamu istimewa ini dengan sebaiknya.
Pertama: Bekal ilmu.
Bekal ini amat penting agar ibadah kita menuai manfaat, berfaedah, dan tidak sekadar buat. ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata,
مَنْ عَبَدَ اللهَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ مَا يُفْسِدُ أَكْثَرَ مِمَّا يُصْلِحُ
“Barangsiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan.”
Kedua: Memperbanyak taubat.
Sebelum memasuki bulan Ramadhan, perbanyakkanlah taubat dan istighfar. Semoga di bulan Ramadhan kita menjadi lebih baik. Dosa dahulu hendaklah ditinggalkan dan ganti dengan kebaikan di bulan Ramadhan.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى خَطِيئَتِى وَجَهْلِى وَإِسْرَافِى فِى أَمْرِى وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّى اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى جِدِّى وَهَزْلِى وَخَطَئِى وَعَمْدِى وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِى
(Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku dan segala hal yang Engkau lebih mengetahui hal itu dari diriku.
Ya Allah, ampunilah aku, kesalahan yang telah ku lakukan samada aku perbuat secara bersungguh atau bergurau ampunkanlah kesalahanku saat aku tidak sengaja mahu pun sengaja, ampunkanlah segala kesalahan yang aku lakukan)
Ketiga: Banyak memohon kemudahan dari Allah.
Memohon doa pada Allah agar kita mudah menjalankan amalan-amalan ibadah selama bulan Ramadhan.
Do’a yang boleh kita panjatkan untuk memohon kemudahan dari Allah adalah sebagai berikut.
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.
Semoga Allah menjadikan Ramadhan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin.