Alhamdulillah, MTNP telah menyertai MASISUPA yg bermula diperingkat ZON 1 pada 24 hingga 27 April 2025 bertempat di Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar, Pekan. MTNP telah menghantar wakil peserta bagi 9 kategori acara SUKAN dan 16 kategori acara ILMIAH . Keputusan di peringkat Zon 1 bg MTNP :
– ILMIAH : mendapat JOHAN dalam 6 kategori
– SUKAN : mendapat JOHAN dalam 1 kategori dan NAIB JOHAN dalam 2 kategori
Peserta yg mendapat JOHAN dan NAIB JOHAN ( bagi acara SUKAN ) layak untuk bertanding di MASISUPA PERINGKAT PUSAT/NEGER I yang telah diadakan pada 22 hingga 25 Mei 2025. Seramai 35 pelajar MTNP telah terpilih untuk mewakili ZON 1 ke peringkat pusat.
Penganjuran MASISUPA PERINGKAT PUSAT/NEGERI pada tahun ini melibatkan 2 tempat penganjuran. Acara ILMIAH diadakan di SMA Pulau Tawar, Jerantut . Manakala acara SUKAN & Penutupan Rasmi MASISUPA PUSAT diadakan di Maahad Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka.
Alhamdulillah, pada kejohanan MASISUPA PUSAT edisi 2025 ini, Zon 1 telah dinobatkan selaku JOHAN ACARA ILMIAH dan JOHAN ACARA SUKAN sekaligus ditabalkan selaku JOHAN KESELURUHAN.
Keputusan MTNP di MASISUPA PUSAT :
– JOHAN – Bola Jaring / Syarahan BM / Debat BM / Debat BI / Ejaan Jawi Tepat
– NAIB JOHAN – Tilawah
– KETIGA – Syarahan BI
Selepas ini, beberapa pelajar MTNP akan mewakili Negeri Pahang ke pertandingan peringkat kebangsaan. Semoga ada kilauan pingat di peringkat seterusnya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd, Tuan Hj Mohd Lafzul, barisan pengurusan, para guru, kakitangan serta ibu bapa penjaga MTNP atas segala sokongan dan bantuan yg telah diberikan. Semoga diangkat sebagai jariah yg berpanjangan. Jazakumullahu khairan kasiran.




