Kunjungan Hormat Yayasan Sabah ke MTNP

Kunjungan Hormat Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur ke MTNP diketuai oleh Pn. Zaidah Binti Hussain – Pengurus Kanan Yayasan Sabah Kuala Lumpur. Kunjungan kali ini disambut sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn. Bhd. YH Dato Hj Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz dan barisan Pengurusan MTNP.


Kunjungan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur ke MTNP bertujuan untuk membincangkan berkaitan prestasi semasa akademik, hafazan dan sahsiah 12 orang pelajar Tajaan Yayasan Sabah yang sedang mengikuti pengajian Tahfiz Profesional di MTNP.


Semoga perbincangan ini membuahkan hasil yang lebih baik dan seterusnya mencapai kecemerlangan anak-anak Sabah di MTNP.

Scroll to Top