Lawatan Rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP)

MTNP berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dalam satu lawatan rasmi yang diadakan semalam.


Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Penolong-Penolong Pengarah JPNP iaitu Ahmad Aimi Akmal bin Mohd Junidi, Muhammad Hafiz bin Omar dan Aini Diana binti Ghazali @ Razali.


Selain agenda rasmi, delegasi JPNP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada Maahad Tahfiz Negeri Pahang atas pencapaian MTNP dalam peperiksaan SPM 2025.


Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat buat seluruh warga MTNP untuk terus melakar seterusnya mengekalkan kecemerlangan pendidikan di peringkat negeri.

Scroll to Top