Kem Kepimpinan Untuk Badan Kepimpinan Pelajar

“Di balik seorang pemimpin yang unggul,

terdapat tarbiah yang mendalam dan bimbingan yang tidak pernah padam.”


Jabatan Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Kem Kepimpinan Untuk Badan Kepimpinan Pelajar melibatkan seramai 103 orang pelajar yang telah terpilih sebagai Badan Kepimpinan Pelajar MTNP bagi sesi 2026.


Kem Kepimpinan ini diadakan di As Sakinah House Garden, Cherok Paloh, Kuantan selama 3 hari bermula 3 April 2026 sehingga 5 April 2026.


Kem ini bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan pelajar, membina jati diri serta memperkukuh ukhuwwah dalam kalangan Badan Kepimpinan.


“Pemimpin sejati tidak lahir dari kemewahan, tetapi ditempa oleh kesusahan;

tidak dibesarkan oleh pujian, tetapi dimatangkan oleh ujian.”

Scroll to Top