Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang atas pencapaian cemerlang dalam penyertaan di Malaysia Invention dan Innovation Expo (MIIX 2026), sebuah platform inovasi yang menghimpunkan para pencipta dan inovator dari pelbagai institusi dari dalam mahupun luar negara.
Inovasi ini yang turut diselia oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Normaniha, Pesyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik UMPSA memperkenalkan sistem perpustakaan pintar berasaskan AI yang mampu memantau peminjaman dan pemulangan buku secara automatik melalui teknologi pengecaman imej dan IoT. Projek ini juga menyokong konsep kelestarian tanpa kertas dan pengurusan perpustakaan moden.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MTNP untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan teknologi selari dengan aspirasi pendidikan tahfiz profesional.




