Alhamdulillah, syukur dan ucapan tahniah diucapkan kepada 12 orang graduan Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang telah menerima sumbangan bagi menyambung pengajian ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi 2026,
Sumbangan telah disampaikan oleh YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang bertempat di Dewan Utama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.
Doakan semoga 12 orang duta ilmu MTNP ini sentiasa dipelihara hafazan Al-Quran, dipermudahkan urusan safar dan pengajian, dikurniakan kefahaman ilmu yang luas, serta kembali kelak menjadi ilmuwan yang menabur bakti kepada agama, bangsa, dan negeri.




