Alumni MTNP ke Luar Negara !

Tahniah diucapkan kepada Saudari Siti Khadijah binti Marzuki dan Saudari Haima Nur Irdina binti Mohamed Alias, alumni MTNP Batch SPM 2024 yang telah berjaya menyambung pengajian peringkat Ijazah dalam bidang kewangan dibawah tajaan YTP-MARA.


Saudari Siti Khadijah akan melanjutkan pengajian di University College Cork, Ireland manakala Saudari Haima Nur Irdina pula akan menyambung pengajian di University of Southampton, United Kingdom.


YH Dato’ Haji Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz, Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd sempat memberikan kata-kata semangat dan cenderahati daripada pihak MTNP sebagai tanda sokongan dan galakan kepada mereka berdua sebentar tadi.


Semoga segala urusan kedua-dua pelajar dalam melanjutkan pengajian ke luar negara dipermudahkan, berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan kembali ke tanah air sebagai graduan yang membanggakan negara.

Scroll to Top