Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Hari Pelaporan Peperiksaan Percubaan SPM 2026 bertempat di Auditorium Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP).
Program ini menjadi wadah penting untuk perkongsian prestasi dan keputusan peperiksaan pelajar bersama ibu bapa/penjaga, di samping memberikan gambaran tentang persediaan pelajar dalam menghadapi Peperiksaan SPM 2026 yang semakin hampir yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tahfiz Pahang Sdn Bhd, YH Dato’ Hj. Mohd Lafzul bin Muda Al-Hafiz.
Turut berlangsung sesi pelaporan bersama guru dan ibu bapa, di samping amanat dan motivasi daripada pihak pengurusan bagi menyuntik semangat kepada para calon untuk terus berusaha, memperbaiki kelemahan dan mencapai kecemerlangan.
Semoga usaha, doa dan sokongan daripada guru, ibu bapa serta seluruh warga MTNP menjadi pemangkin kejayaan anak-anak Tahfiz dalam menghadapi SPM 2026. Aaminn
Teruskan melangkah, teruskan berusaha. InsyaAllah, kejayaan menanti!




