Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2025

25 Ogos 2025 – Sempena menyambut tarikh keramat negara 31 Ogos 2025, MTNP telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2025.


Aturcara yang gilang gemilang ini bermula jam 8 pagi di Dataran Ilmu MTNP dengan sesi perasmian oleh YH Dato’ Hj Mohd Lafzul Bin Muda Al Hafiz – Ketua Pegawai Eksekutif TPSB.


Dalam ucapan beliau, YH Dato’ menekankan betapa pentingnya para pelajar untuk menghargai nikmat kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkalkan kemerdekaan agar kestabilan dan kemakmuran terus dinikmati.


Aturcara majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Malaysia dan pelepasan kenderaan-kenderaan rasmi MTNP. Seterusnya warga MTNP bersama-sama menghayati kisah perjuangan tokoh kemerdekaan : Mat Kilau, melalui ceramah kemerdekaan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Al Hamadi Bin Haji Abu Bakar; Guru Besar SK Mat Kilau yang juga merupakan cucu dan pemegang amanah keluarga Almarhum Mat Kilau.


MTNP akan menghidupkan suasana sambutan bulan kebangsaan dengan melaksanakan beberapa program antaranya :

– Pameran Kemerdekaan

– Tayangan Telemovie

– Teater Kemerdekaan

– Kuiz Kemerdekaan

– Pertandingan Mencipta Poster & Video


Adalah menjadi harapan semoga pengisian-pengisian yg dilaksanakan akan mampu menanam semangat cintakan tanah air Malaysia – Bumi Berdaulat, sekaligus mampu membentuk karektor seorang Huffaz Professional yang mempunyai jati diri warga Malaysia walau di mana mereka berada.


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Scroll to Top